
Assalamualaikum
Salam hormat dan selamat bertugas kepada semua guru dan kakitangan
Sekolah Agama Tenggaroh Dua
Tidak lupa juga kepada pengunjung laman ini.
Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada kita, objektif dan matlamat hendaklah
jelas, tepat dan rasional, mengenal pasti pelanggan kita iaitu murid
dan ibu bapa serta komuniti setempat. Misi sekolah mestilah menjurus
ke arah memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan masyarakat yang menghala
tuju ke arah menjayakan wawasan pendidikan.
Pelaksanaan tugas dan kualiti hasilnya perlulah
memenuhi ciri-ciri kualiti yang terbaik. Berusaha tanpa jemu
merupakan kunci dalam mempertingkatkan kualiti dalam pendidikan dan
bangun serentak menaikkan imej dan martabat profesion pendidikan.
Laman ini diharap dapat menjurus ke arah
nafas baru dalam pendidikan berteraskan agama
Islam. Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang
setia dan rasa kekeluargaan yang kuat sesama kita. Daya kreativiti
perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan di dalam tindakan dengan
cara yang berkesan.
Aspek pengurusan yang dilaksanakan di sekolah
merangkumi Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum,
Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Perancangan
Pembangunan. Oleh itu, kayu pengukur pencapaian dan kejayaan
hendaklah jelas.
Saya percaya, jika kita jadikan tugas kita sebagai
ibadah kepada Allah SWT dan bertekad untuk memenuhi kepuasan
pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
"SEKOLAH GEMILANG MURID CEMERLANG"
Ustazah Kamariah Hj Shamsuri