 |
|
Kafa telah ditubuhkan pada tahun 1990. Penubuhan KAFA telah putuskan
oleh kerajaan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
KAFA merupakan satu aktiviti Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang terbesar dan mendapat sambutan yang
menggalakkan dari kalangan ibubapa. Kelas KAFA di Negeri Johor Darul
Ta’zim ini ditujukan bagi kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun dan terdapat
sebilangan kecil sehingga berumur 12 tahun.Ia beroperasi tiga(3) hari
seminggu iaitu 2 jam sehari.Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru
Al-Quran, Guru Agama, Imam dan Bilal.Kelas KAFA dilaksanakan mengikut
sukatan Pelajaran KAFA yang telah disediakan oleh Pusat Islam. Pada
tahun 2001, KAFA Negeri Johor Darul Ta’zim masih menguna pakai Buku
Sumber KAFA untuk tahun 1 dan 2.Buku tersebut disediakan oleh bahagian
Hal Ehwal Islam, Kuala Lumpur.Kitab-kitab yang digunakan ialah Tilawah
Al-Quran , Ulum Syariah, akhlak Islamiah, Asas Lughatul-Arabiah, Asas
Menulis Jawi, Sirah Rasulullah.Dianggarkan terdapat 940 buah kelas KAFA
JAKIM diseluruh Negeri Johor Darul Ta’zim.Ia beroperasi di masjid, surau
dan balairaya.
|
|
|